Sunday, October 11, 2009

Persediaan SPM 2009?

Sapa -sapa nak tengok soalan trial Spm Negeri2 lain bolehlah klik ruangan DI SEBELAH KANAN PALING ATAS SEKALI..link trus ke laman web soalanpercubaanspm.freevar.com

Saturday, September 5, 2009

Bulan Ramadhan kembali lagi

Ketabahan serta kesabaran teruji lagi
lapar, dahaga, letih dan penat saban hari,
kerja di rumah mahupun di sekolah dilaksanakan jua,
berpuasa di bulan Ramadhan menunaikan rukun Islam
menandakan diri ini seorang Islam,
siapakah yang layak melabelkan amalan kita seharian
sebagai ikut Islam atau tidak???!!!!
Hanya Allah Yang Berkuasa menentukan segalanya....
Moga terampun dosa - dosa lalu dengan amalan baik yang
dilakukan di bulan Ramadhan ini. Amin..

Tuesday, July 21, 2009

Lama dah tak update blog....

Tiba-tiba rasa bosan dan hilang idea nak menulis,
mungkin kerja di tempat baru ni telah mengubah cara saya bekerja
dan bertindak, kadang-kadang mati akal dibuatnya , hilang minat terhadap sesuatu,
kadang-kadang kecewa, jemu, bosan, dan yang paling ditakuti menjadi PEMALAS....
adakah saya demotivated atau menjadi mangsa keadaan atau bahan percubaan dan eksperimen?
Pernah terfikir nak ambil cuti tanpa gaji dan meninggalkan sekolah buat sementara waktu
dan dulu pun pernah terfikir nak buat kerja lain , dan dulu pun pernah terfikir nak buat master.
Bila berfikir sekali lagi beban/tanggunggan yang ada cuma cuti tanpa gaji sahaja yang layak diambil, itupun kalau diizinkan Allah swt saya melahirkan seorang lagi cahayamata yg ke-6 pada tahun depan...Cuti menjaga anak selama 5 tahun juga masih dalam perhatian yang serius!!!!!!(kiv)
Inilah perasaan saya yang perlu diluahkan dalam blog ini...BUKAN RAHSIA lagi.

Wednesday, May 13, 2009

Merotan dan Disiplin pelajar


"SILA IKUT PERATURAN"
Kali pertama didengar ;
adakah guru tak ikut peraturan selama ini atau
sila ikut peraturan merotan,
atau rotan pelajar yang melanggar peraturan???
Ada orang rasa marah bagai nak menampar seseorang,
Ada orang rasa marah, menggeletar tapak tangan,
Ada orang rasa marah, menjerit dan memekik sepuas hati,
Ada orang rasa marah, berdiri dan bertongkatkan pembaris panjang,
ADA ORANG RASA MARAH MEROTAN SESEORANG,
Ada orang rasa marah, terus duduk dan beristighfar lalu berdoa,
Ada orang rasa marah, mengambil wuduk dan berzikir,
Ada orang rasa marah, minum air sejuk,
Ada orang rasa marah, berdiam diri dan menangis,
Ada orang rasa marah, terus tak ambil peduli,
Ada orang rasa marah, berbaring dan tidur,
Ada orang rasa marah, memandu laju-laju,
Ada orang rasa marah, mendengar lagu dan muzik,
Ada orang rasa marah terus membawa diri,
begitulah ragam manusia.....
Marah adalah emosi yang perlu dikawal,
kawal sebelum, semasa dan selepas marah...
Emotional Quation(EQ) perlu seimbang dengan IQ dan AQ.

Saturday, April 25, 2009

MUTIARA KATA

Siapalah saya untuk berkata-kata:

Link ke Biodiversity http://zana-multimedia.blogspot.com/

Thursday, April 9, 2009

Bersama Tn Pengarah Pelajaran Kedah.

Tn Hj Shahidan bin Abd Rahman julong2 kali ke SMK Permatang Bonglai, kelmarin adalah hari yang bertuah kerana beliau dapat meluangkan masa merasmikan Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agong PIBG SMKPB. Kali pertama sejak beliau menjawat jawatan Pengarah Pelajaran Kedah . Beliau juga pernah berkhidmat di SMKPB sebagai pengetua dan mengimbau kembali kenangan dan pengalamannya semasa bertugas di situ . Beliau sedia maklum mengenai latarbelakang pelajar, waris dan masyarakat di situ...
walau apa pun tugas sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan, apa yang dilakukan, diucapkan, diajar kepada pelajar adalah di atas prinsip perkhidmatan dan akauntabiliti walaupun kdg2 berlainan dengan peribadi dan keluarga sendiri. Tugas tetap tugas, walaupun dicemuh, dikritik , dikutuk , dihalang atau dipandang serong..... Berkata benar walaupun pahit, Tidak semua tindak tanduk dan kelakuan pelajar guru mesti ikut.. "who am I?", where am I?...
"guru adalah guru", "pelajar adalah pelajar"...
(my own opinion)
Antara perkara yang dibincangkan oleh Tuan Pengarah ketika perjumpaan dengan guru2 kelmarin adalah mengenai perkhidmatan guru dan peluang kenaikan pangkat (Guru Cemerlang atau Perjawatan) Budaya Penyayang, komunikasi berkesan, membina negara bangsa, proses p&p (T & F), refleksi....APC..

Thursday, April 2, 2009

"Jari Ajaib"


Kalimat ALLAH di jari setiap Manusia

ini adalah salah satu bukti kekuasaan Allah disetiap jari manusia terdapa kalimat ALLAH

"JARI AJAIB"
What word is this? Scientific terms, magic, games, science explorace or body language?
Selain dari gambarajah, cd view, menulis dan membaca saya teringatkan satu teknik menggunakan jari-jemari semasa mengajar tajuk peringkat2 mitosis. Menggunakan 10 jari kedua-dua belah tangan kanan dan kiri. Selepas 4 step, pelajar mampu mengingat stage mitosis tanpa melihat gambarajah. Apabila menyebut sahaja peringkat mitosis, pelajar boleh menggerakkan tangan mengikut step yang betul tanpa perlu diarah...Satu kemajuan bagi pelajar-pelajar kelas 4B, (yang kekadang sakit telinga ni bila mereka melabelkan diri masing2 sbg "bodo") BERSYUKURLAH ANDA DIKURNIAKAN 10 JARI YANG SEMPURNA.