Sunday, March 15, 2009

Sunyi-sepi



Mengajar Sains tingkatan 4 dan 5 , tugas yang mencabar, betoi2 baru no experience langsung.. Sebelum nie berpengalaman mengajar Biologi >< 8 tahun di SBP. Anak-anak murid banyak mendiamkan diri bila mengajar dlm BI, sunyi sepi..Dah agak dah mereka tak faham, so terpaksa guna plan B, translate ke dlm B.Melayu, buat kerja dua kali dan mengajar menggunakan Dwibahasa. Akibatnya tekak dan kerongkong sakit hingga terbatuk-batuk la pula....penat....
"Cikgu nyamuk ada tulang dak?" Itulah soalan yang ditanya semasa mengajar tajuk "vector", walaupun nyamuk memang banyak di persekitaran dan dah biasa melihat dan digigit nyamuk, tetapi mereka tidak peka....
Kes yang kedua pula, kelas sunyi-sepi bila hanya ada 6,8-10 org pelajar dpd 26, yang masuk kelas nak belajar, yang lain-lain entah di mana-mana. Kes yang ketiga keadaan menjadi sunyi-sepi semasa peperiksaan (ujian penilaian 1) dan kehadiran pelajar penuh...
Yang seronoknya cikgu tidak sunyi bila ditemani pelajar, kerana mereka peramah dan suka bercakap, walaupun semasa guru mengajar(sesetengahnya).

Saturday, March 14, 2009

Bacalah...



3M, Menulis , membaca, mengira ..
Kemahiran yang dikuasai di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah ,
namun ada yang tercicir sehingga ke tingkatan satu...
begitu sayu dan hiba hati ini menyaksikan dan mengajar anak murid
yang tidak tahu membaca pada usia 13 tahun.....apatah lagi nak menulis,
tapi saya dapat lihat ketekunan dan kemahuannya untuk belajar,
tanpa segan dan silu..
BACALAH SAYANG!

Friday, March 13, 2009

SMKPB, Pida 3, Tunjang, 06000Jitra.




Itulah nama sekolah baruku, setelah penempatan semula selepas tamat kursus setahun di IPDA. Sekolah kedua sepanjang tempoh berkhidmat sebagai guru. Di sini hampir kesemuanya begitu asing bagiku, berbeza dari sekolah dulu SAINA (SBP), samada pentadbiran dan pengurusan, staf, pelajar, infrastruktur dan juga persekitaran. Perlu masa untukku menyesuaikan diri dan bekerja dengan cekap dan berkesan. Setiap hari berulang-alik ke sekolah hampir 25kmpergi dan 25km balik , dgn hadlaju Avanza 1.3 70 - 100km/j, masa yang diambil adalah 30 minit. Yang penting perjalananku selamat pergi dan balik. Memandangkan terpaksa memandu sendiri, hanya "semangat" dan tawakkal sahaja membawaku ke tempat kerja...Suami pula bertugas di daerah lain, di JaB. Andai semangatku luntur atau demotivated...atas apa sebab sekalipun , alamatnya tak sampai le ke tempat kerja..
Walaupun begitu aku cuba rasionalkan diri, inilah dunia pendidikan yang sebenarnya...inilah hakikatnya....aku pujuk hati supaya terima keadaan .... Tanggal 13 Mac keputusan SPM 2008 diumumkan, pelajar terbaik hanya mampu mendapat 5A dan hanya 5 pelajar mendapat A dlm subjek Sains dan 8 org gagal...kukira itu dah bagus...memandangkan mereka ini adalah pelajar2 lulusan PMR 2006 yang tiada A ....naik ke tingkatan 4 terus diajar dan belajar tanpa jemu-jemu hinggalah SPM 2008. Inilah antara permata yang berjaya digilap dan terpilih untuk mengisi IPT atau IPTA yang ada di negara ini...