Showing posts with label Science. Show all posts
Showing posts with label Science. Show all posts

Thursday, April 2, 2009

"Jari Ajaib"


Kalimat ALLAH di jari setiap Manusia

ini adalah salah satu bukti kekuasaan Allah disetiap jari manusia terdapa kalimat ALLAH

"JARI AJAIB"
What word is this? Scientific terms, magic, games, science explorace or body language?
Selain dari gambarajah, cd view, menulis dan membaca saya teringatkan satu teknik menggunakan jari-jemari semasa mengajar tajuk peringkat2 mitosis. Menggunakan 10 jari kedua-dua belah tangan kanan dan kiri. Selepas 4 step, pelajar mampu mengingat stage mitosis tanpa melihat gambarajah. Apabila menyebut sahaja peringkat mitosis, pelajar boleh menggerakkan tangan mengikut step yang betul tanpa perlu diarah...Satu kemajuan bagi pelajar-pelajar kelas 4B, (yang kekadang sakit telinga ni bila mereka melabelkan diri masing2 sbg "bodo") BERSYUKURLAH ANDA DIKURNIAKAN 10 JARI YANG SEMPURNA.

Sunday, March 15, 2009

Sunyi-sepi



Mengajar Sains tingkatan 4 dan 5 , tugas yang mencabar, betoi2 baru no experience langsung.. Sebelum nie berpengalaman mengajar Biologi >< 8 tahun di SBP. Anak-anak murid banyak mendiamkan diri bila mengajar dlm BI, sunyi sepi..Dah agak dah mereka tak faham, so terpaksa guna plan B, translate ke dlm B.Melayu, buat kerja dua kali dan mengajar menggunakan Dwibahasa. Akibatnya tekak dan kerongkong sakit hingga terbatuk-batuk la pula....penat....
"Cikgu nyamuk ada tulang dak?" Itulah soalan yang ditanya semasa mengajar tajuk "vector", walaupun nyamuk memang banyak di persekitaran dan dah biasa melihat dan digigit nyamuk, tetapi mereka tidak peka....
Kes yang kedua pula, kelas sunyi-sepi bila hanya ada 6,8-10 org pelajar dpd 26, yang masuk kelas nak belajar, yang lain-lain entah di mana-mana. Kes yang ketiga keadaan menjadi sunyi-sepi semasa peperiksaan (ujian penilaian 1) dan kehadiran pelajar penuh...
Yang seronoknya cikgu tidak sunyi bila ditemani pelajar, kerana mereka peramah dan suka bercakap, walaupun semasa guru mengajar(sesetengahnya).