Tuesday, July 21, 2009

Lama dah tak update blog....

Tiba-tiba rasa bosan dan hilang idea nak menulis,
mungkin kerja di tempat baru ni telah mengubah cara saya bekerja
dan bertindak, kadang-kadang mati akal dibuatnya , hilang minat terhadap sesuatu,
kadang-kadang kecewa, jemu, bosan, dan yang paling ditakuti menjadi PEMALAS....
adakah saya demotivated atau menjadi mangsa keadaan atau bahan percubaan dan eksperimen?
Pernah terfikir nak ambil cuti tanpa gaji dan meninggalkan sekolah buat sementara waktu
dan dulu pun pernah terfikir nak buat kerja lain , dan dulu pun pernah terfikir nak buat master.
Bila berfikir sekali lagi beban/tanggunggan yang ada cuma cuti tanpa gaji sahaja yang layak diambil, itupun kalau diizinkan Allah swt saya melahirkan seorang lagi cahayamata yg ke-6 pada tahun depan...Cuti menjaga anak selama 5 tahun juga masih dalam perhatian yang serius!!!!!!(kiv)
Inilah perasaan saya yang perlu diluahkan dalam blog ini...BUKAN RAHSIA lagi.