Wednesday, May 13, 2009

Merotan dan Disiplin pelajar


"SILA IKUT PERATURAN"
Kali pertama didengar ;
adakah guru tak ikut peraturan selama ini atau
sila ikut peraturan merotan,
atau rotan pelajar yang melanggar peraturan???
Ada orang rasa marah bagai nak menampar seseorang,
Ada orang rasa marah, menggeletar tapak tangan,
Ada orang rasa marah, menjerit dan memekik sepuas hati,
Ada orang rasa marah, berdiri dan bertongkatkan pembaris panjang,
ADA ORANG RASA MARAH MEROTAN SESEORANG,
Ada orang rasa marah, terus duduk dan beristighfar lalu berdoa,
Ada orang rasa marah, mengambil wuduk dan berzikir,
Ada orang rasa marah, minum air sejuk,
Ada orang rasa marah, berdiam diri dan menangis,
Ada orang rasa marah, terus tak ambil peduli,
Ada orang rasa marah, berbaring dan tidur,
Ada orang rasa marah, memandu laju-laju,
Ada orang rasa marah, mendengar lagu dan muzik,
Ada orang rasa marah terus membawa diri,
begitulah ragam manusia.....
Marah adalah emosi yang perlu dikawal,
kawal sebelum, semasa dan selepas marah...
Emotional Quation(EQ) perlu seimbang dengan IQ dan AQ.

No comments:

Post a Comment